Friday, April 10, 2009

Penyakit Rohani - Hasad Dengki, Sombong, Riyak

Sebulan sekali dalam siri usrah mingguan kami, Ustaz akan membincangkan topik penyakit rohani seperti yang terdapat dalam kitab berjudul "Penyakit Rohani dan Rawatannya dalam Islam" tulisan Drs. Hanafi Mohamed.

Penulis tersebut telah menyenaraikan 13 jenis penyakit rohani yang melanda jiwa manusia, iaitu:-
  1. Hasad Dengki
  2. Sombong
  3. Riyak
  4. Fitnah (Namimah)
  5. Mengumpat
  6. Zalim (Kejam)
  7. Dusta
  8. Marah
  9. Mencaci Maki
  10. Bakhil (Kikir)
  11. Mungkir Janji
  12. Cintakan Dunia
  13. Munafiq (Nifaq)
Setakat ini, perbincangan kami telahpun meliputi 3 penyakit tersebut.

Hasad Dengki
Suatu sikap manusia yang tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang diperoleh orang lain. Lanjutan daripada itu ia berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar berpindah ke tangannya sendiri.

Sifat ini boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan, busuk hati terhadap orang lain.

Sabda Rasulullah
Jauhilah diri kamu dari hasad dengki kerana hasad itu memakan amal kebajikan sebagaiman api memakan kayu (H.R. Abi Daud dripada Abu Hurairah)

Menurut Imam Al-Ghazali, perasaan hasad dengki mendatangkan 7 perbuatan tercela, iaitu:
  1. suka kepada permusuhan
  2. perasaan kemuliaan diri
  3. takbur
  4. mengagumi diri sendiri
  5. takut hilang cita-cita dan keinginan
  6. suka menjadi ketua
  7. jiwa jahat dan kikir

Sombong
Dapat diklasifikasikan kepada 3 aspek
  • sombong terhadap Allah SWT - enggan mematuhi segala hukum dan perintahnya
  • sombong terhadap Rasul - enggan mematuhi dan menolak kebenaran ajaran yang disampaikannya
  • sombong terhadap manusia - mementingkan diri sendiri dan bangga dengan segala yang dimilikkinya seperti kekayaan, pangkat, keturunan, kepandaian, kecantikan, umur/usia.
Sifat sombong dapat dilihat apabila seseorang itu mengamalkan perbuatan seperti berikut:
  1. merendahkan darjat orang lain
  2. suka memuji diri sendiri
  3. suka menghina dan mengutuk orang lain
  4. suka membazirkan harta benda
  5. menjauhi orang yang tidak setaraf kedudukannya
  6. memalingkan muka apabila berjumpa
  7. bakhil mengeluarkan harta ke jalan Allah
Firman Allah (Surah Luqman: 18)
Janganlah engkau memalingkan mukamu kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang sombong dan bangga diri.

Sabda Rasulullah:
Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya seberat biji sawi daripada sifat sombong. Dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya seberat sebiji sawi daripada iman
(H.R. Muslim daripada Ibnu Mas'ud)


Riyak
Pada hakikatnya seseorang yang melakukan riyak bertujuan untuk menampakkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya, dan amalnya.

Saidina Ali bin Abu Talib berkata:
Orang yang bersifat riya' mempunyai 3 tanda:
  1. malas apabila bersendirian
  2. rajin apabila di kalangan orang ramai
  3. menambahkan amal apabila dipuji dan dikurangkan apabila dicela
Firman Allah (Surah Al-Baqarah 264):
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Sabda Rasulullah:
Sesuatu yang paling aku khuatirkan di antara kamu ialah syirik kecil, lalu ditanyakan oleh sahabat, apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda: Iaitu riyak (H.R. Ahmad dan Al-Baihaqi)

Menurut Imam al-Ghazali, sifat riyak manusia melibatkan
  1. tubuh
  2. ucapan
  3. perbuatan
  4. pakaian
  5. pengikut/pengaruh
الله أعلم

1 comment:

aj said...

heedful!
and also nice and simple!

a'utzubillahi min tzalik!