Kewajiban suami
Sebagai seorang suami, dia harus memelihara kesederhanaan dan kesopanan dalam dua belas perkara iaitu:
(1) Walimatul’urus (undangan perkahwinan)
(2) Pergaulan
(3) Bersenda-gurauan
(4) Pimpinan
(5) Kecemburuan
(6) Pemberian Nafkah
(7) Pengajaran
(8) Pembahagian (kalau isteri lebih dari satu)
(9) Pendidikan sewaktu berlaku penyelewengan
(10) Persetubuhan
(11) Kelahiran anak
(12) Perceraian dengan talaq
Pertama: Mengadakan walimah atau undangan adalah sunnat hukumnya
Berkata Anas r.a.: Apabila Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin Auf r.a., baginda bertanya: Apa ini? Abdul Rahman menjawab: Saya telah menikmati seorang wanita dengan maskahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w pun mendoakan bagi Abdul Rahman:
“Moga-moga Allah memberkati anda! Adakanlah walimah, walaupun dengan makan roti dan kurma.
Selain itu sunnat memberikan tahniah (ucapan selamat pengantin baru) kepada orang yang baru berkahwin. Seorang yang berjumpa dengan pengantin lelaki mengucapkan:
“Moga-moga Allah memberikan keberkahan kepadamu dan keberkahan untukmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.”
Sunnat juga mengisytiharkan perkahwinan kepada orang ramai supaya diketahui. Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Yang memisahkan antara yang halal dengan yang haram ialah bunyi-bunyian rebana dan nyanyian.”
Kedua: Memelihara pergaulan yang baik dengan isteri-isteri serta menanggung segala keburukan yang mungkin berlaku daripada mereka sebagai menunjukkan tanda belas kasihan terhadap mereka itu.
Allah telah berfirman:
“Dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik.” (an-Nisa’: 183)
Allah telah berfirman lagi pada menyatakan kebesaran hak mereka ke atas suami:
“Dan mereka sekalian (isteri-isteri) telah mengambil suatu perjanjian yang berat daripada kamu.” (an-Nisa’: 20)
FirmanNya lagi:
“Dan teman yang di samping.” (an-Nisa’: 36)
Setengah para mufassirin mengartikan ayat ini dengan isteri yang sering berada di samping suami sepanjang masa.
Maksud memperbaiki pergaulan dengan isteri-isteri itu bukanlah dengan semata-mata menahan diri dari menimpakan ke atas mereka sesuatu yang tiada diinginnya, malah menanggung segala yang tiada menyenangkan yang mungkin timbul dari mereka, serta bersifat sabar dan tabah untuk menghadapi segala sikap kurang pertimbangan dan kemarahan mereka. Ini adalah untuk menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w. kerana isteri-ister Rasul sendiri kadang-kadang melakukan sesuatu yang tiada menyenangkan hati Rasulullah s.a.w dan ada pula yang menrajuk meninggalkan baginda sampai sehari suntuk hingga ke malam.
Ketiga: Hendaklah suami menambah atas sikap kurang pertimbangan dari isteri itu dengan bersenda gurau, memuji-muji serta bermain-main dengannya, kerana semua itu akan melembutkan hati kaum wanita. Rasulullah s.a.w seringkali bersenda gurau dengan isteri-isterinya dan menuruti kehendak-kehendak mereka, sesuai dengan kadar akal fikiran mereka dalam segala macam perbuatan dan perilakunya.
Please read the full article here
2 comments:
Insyaallah jika suami isteri faham serta menjalankan tanggungjawab dan kewajipan masing-masing, hidup berkeluarga diberkati disamping menjadi ibadah.
Bagi sang isteri segalanya bermula dari keredhaan sang suami Insya Allah.
Post a Comment